Wednesday, April 27, 2011

17 hari lagi

dengan penuh semangat wajanya..aku menghitung harinak balik...waaa....berita kurang baik...aku xdapat kolej..kena tunggu 2nd trip senaraijaya....kawan2..doakan aku dapat kolej..xmau dok luaq!!!!!
 

Sunday, April 24, 2011

STUDY WEEKZ...

1) CITE KOREA
-minggu study aku pnuh ngan movie...boring tgk chita FULL HOUSE,tgk lak ONLY YOU..stps satu2 cite aku khatam..buku baru bpa hlai diselaknya. 

2)MAKANAN
-study week ni la stok makanan aku dah pancit. paling2 koman pun, tinggal megi 4 bungkus ja. 2 pun xtau bla nak tarah. Biskut2 dah abih aku lanyak..tinggal biskut jacob ja..malas nk bukak kotak...

3) STOR
-dah start pikir nak sumbat brg2 aku kat na..4 bulan cuti tu...brg dah la macam org lari umah. beg gabai punya byk.

4) DOWNLOAD LAGU
-Lagu korea dalam lappy aku dah nak melimpah..asal line penuh ja, download...dah macam jenis..lentok,rock suma da..dah macam bedtime song pun ada gak..argh...sunyi la study tanpa bunyi...tapi kena la balance..AL-Quran lagi afdal dibaca n di dengar..penenang jiwa..



HaRi YaNg DINaNTIKaN....

Esok...My 1st paper for FINAL EXAM..TMX...nota baca dah xmasuk...silau dgn ayat..so..aku dengan tekunnya wat mind map (dkt exam batu gdik nak wat)..dah boring..baca ARTIFICIAL INTELLIGENCE lak...wat mind map gak...hidup aku penuh ngan mind map....

my LENOVO menjadi peneman tiap kali aku nak study. masheh2....printer lak dah uzur...nak kna anta ospital abih exam ni...duit2...melimpah2 ke kedai nak repair...-.-

masuk ari ni, ada lagi 20 hari lagi nak fly blik KEDAH !!!!!

MAK...ABAH...doakan org  kat sini...MUIZ..kna cekalkan hati, tough kan dirimu untuk menggharungi exam..(ayat xleh blah)

Saturday, April 23, 2011

1 hari lagi

Masuk ari ni, tinggal 1 hari lagi sebelum FINAL EXAM!!! Persediaan masih ondaway..about 77%???
Aku rindu giler kat umah sampai mimpi dah sampai kat umah..waa...lagi 21 hari lagi nak balik..xtertanggung rinduku!!!!

balik ni confirm xtengok bende lain dah..internet pun xtau sempat ke x nak tengok..nak enjoy dgn family puas2...xkire..ape nak jadi...FMILY 1ST!!!
여러분! 기다려!...

Thursday, April 21, 2011

Ciri-ciri Individu Muslim

  1. Akidah yang sejahtera
  2. Ibadah yang soleh
  3. Hati yang mantap
  4. Berdikari
  5. Berpengetahuan tinggi
  6. Fizikal yang kuat
  7. Sentiasa bermujahadah
  8. Pengurusan diri yang baik
  9. Menghargai masa
  10. Memberi manfaat kepada orang lain

Tabahkan Diri

Selama 4 bulan lebih aku kat bumi Sarawak.macam2 dah jadi..suka duka dengan member2,lecturer..all in my long term-memory..

Hidup umat Muhammad S.A.W ni singkat ja...lebih kurang 60-80 tahun ja..so, pesanan untuk diri sendiri yg semua..berkerja lah kam seperti kamu akan hidup selamanya dan beribadat lah kamu seperti esok kamu akan mati,..

Tambah2 sekarang dah macam2 bentuk bala bencana Allah S.W.T dah turunkan pada umat manusia...Tinggal kita ja nak sedar @ x akan tanggungjawab kita di muka bumi selagi Allah S.W.T x menarik nyawa kita,,


Bila dengar pasal gempa bumi...aku dh faham apa perasaan diorang kat Jepun kehilangan ahli keluarga..Aku pun pernah rsa gempa bumi time kat Penang dulu..kat matrik..Walaupun gegaran kecik ja..tapi katil bergoyang pun dah cukup takut..


So..gunakan lah masa muda dengan sebaik-baiknya

Wallahualam...

Hukum Couple...

COUPLE ISLAMIK....apa 2??
jom baca kisah ni..kot2 paham....


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....Wallahualam 

Tuesday, April 19, 2011

Islam dan Tamadun

Islam dan tamadun islam...tajuk ni aku jumpa dalam buku Salah Faham Terhadap Islam.
Kat sini ada link bagi sapa2 yg nak tgk video yang explain pasal 1001 inventions of Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=JZDe9DCx7Wk&feature=related

Islam tidak menentang perkembangan kemajuan dan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan kepada manusia. teteapi seandainya tamadun itu diertikan dengan arak, judi, pelacuran dan lain-lain, maka tentulah Islam akan tampil untuk menentang tamadun yang palsu itu dan akan berjuang untuk melindungi umat manusia daripada kemusnahan dan kemurkaan Allah S.W.T....

Waallahualam...

Sunday, April 17, 2011

tinggal 28 hari lagi...

Masuk ari ni...countdown..28 hari lagi...aku tengah standby untk exam dulu..
FINAL tu...yg paling kna focus...
PSIKOLOGI...sebab yg tu bnyk teori...C&L lps ni...

hidup mesti di teruskan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, April 2, 2011